Mesyuarat Agung Perkasa kali ke-2 Pertubuhan Pribumi Perkasa

Pada 26 Oktober 2011, Mesyuarat Agung Perkasa kali ke-2 diadakan di Setiawangsa . Bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Rahim Noor merasmikannya. Turut hadir ialah Tan Sri Zainuddin Maidin, ahli parlimen Kulim-Bandar Baru, Zulkifli Noordin,Datuk Khalid Yunus,ketua pengarang kumpulan Utusan Melayu, Datuk Abdul Aziz Ishak dan Datuk Shazryl Eskay Abdullah. Usul Muhammad Zahid Mohd Arip agar Zulkifli Noordin dilantik sebagai Naib Presiden Perkasa mengganti Datuk Mokhtar Samad yang meletakkan jawatan, diterima sebulat suara. [17][18] Naib presiden Perkasa turut disandang oleh Dr Asyraf Wajdi Dusuki, Dr Zubir Harun, Abang Naseer Abang Hadari dan Musli Oli.